:: PerMata SiRah ISLAM ::

:: Hidup Bersama ILAHI S.W.T, Berjuang bersama Rasulullah S.A.W dan SYAHID bersama Para Sahabat R.A ::

:: Sirah Junjungan mendidik Hati ::


khaibar, khaibar, khaibar ya yahud!!

jaisyu muhammad saufa yau'd

khaibar, khaibar, khaibar ya yahud!!

jaisyu muhammad saufa yau'd

biddam,birruh, tafdiiki ya Ghazzah!!

suka menyebut ayat2 ni, penuh semangat, penuh kekuatan melaungkannya tatkala berada di demonstrasi2 atau konvensyen2 serta perhimpunan2 yang menyatakan ketidakpuashatian kita terhadap perbuatan zionis laknatullah kepada saudara2 seislam kita di bumi palestin. hakikatnya, ayat2 ini hanya dilaungkan dengan penuh semangat di bibir sahaja, tidak di hati, hakikatnya, kita mengaku bersaudara hanya di konvensyen2, diperhimpunan2 mahupun tatkala melihat iklan sumbangan 'donation to palestinian' di akhbar2 mahupun media masa... khaibar?? apa itu khaibar?? kita laungkan sahajakan tanpa mengetahui sirahnya?? tanpa mengetahui asal usulnya??

KHAIBAR, menyingkap kegemilangan umat islam di bawah pimpinan Rasulullah sallahu alaihi wassalam (minta semua berselawat ke atas nabi) menyingkap kesepaduan antara muhajirin dan ansar, mengenang kehebatan2 Para mujahidin dan para syahidin memperjuangkan Islam di Bumi ALLAH..

Ghazwah khaibar berlaku pada akhir Muharram, tahun ke-7 hijrah. Khaibar merupakan sebuah oasis besar yang didiami oleh Yahudi. Terletak 100 batu di utara Madinah menghala ke Syam. Sebab berlaku peperangan ini adalah Setelah Nabi s.a.w. memperolehi keamanan daripada pihak Quraisy hasil perdamaian yang dicapai di Hudaibiyyah, Baginda memutuskan untuk membersihkan saki baki Yahudi di sekeliling Madinah. Tindakan ini diambil setelah Yahudi dibersihkan daripada Kota Madinah. Yahudi di Khaibar mempunyai kubu-kubu yang kukuh. Di dalamnya terdapat kira-kira 10,000 orang pejuang. Mereka juga mempunyai kemampuan senjata dan peralatan yang besar di samping terkenal sebagai pakar muslihat, permainan kotor dan tipudaya. Oleh itu, masalah ini perlu dibersihkan segera sebelum mereka menjadi punca kekacauan dan kebimbangan orang Islam di ibukota mereka, Madinah. Dengan ini, Rasul s.a.w. bersepakat untuk keluar memerangi mereka pada akhir Muharram. Baginda keluar memerangi mereka dalam satu angkatan seramai 1,600 orang pejuang termasuk 200 orang pahlawan berkuda. Baginda telah mengumumkan panggilan perang kepada para
sahabat yang menyertai Baginda dalam Ghazwah Hudaibiyyah sebelum ini. Baginda berjalan sehingga tiba di pinggir Khaibar lalu berkata kepada para sahabat: "Berhenti!".

Kemudian Baginda berdoa :


“Ya Allah, Tuhan seluruh langit dan apa yang dinaunginya, Tuhan seluruh
bumi dan apa yang ditanggungnya, Tuhan seluruh syaitan dan apa yang
disesatkan mereka, Tuhan seluruh angin dan apa yang diterbangkannya.
Kami memohon kepada Kamu kebaikan kampung ini, kebaikan penduduknya
dan kebaikan apa yang ada di dalamnya. Kami berlindung dengan Kamu
daripada kejahatannya, kejahatan penduduknya dan kejahatan apa yang ada
di dalamnya. Maralah kamu semua dengan nama Allah .”

Apabila sampai di Khaibar, Nabi s.a.w. berpengkalan hampir dengan salah satu kubu Khaibar bernama Hisn an-Natoh. Yahudi telah menghimpunkan pejuang-pejuang mereka di dalamnya. Hubab bin al-Munzir mencadangkan agar angkatan tentera Islam berpindah tempat, kerana dia cukup kenal dengan penduduk an-Natoh. Mereka terkenal dengan panahan yang jauh dan tepat apatah lagi kedudukan mereka terletak lebih tinggi daripada kedudukan orang Islam. Oleh itu, anak-anak panah mereka lebih cepat meluncur turun mengenai barisan tentera Islam. Mereka juga boleh menyerang hendap orang Islam pada waktu malam dengan berselindung di celah-celah pokok-pokok kurma yang banyak. Oleh demikian, Rasul s.a.w. bersama tentera Islam mengambil langkah berpindah ke tempat yang lain.

Pasukan Rom yang lebih kuat pun tidak mampu menakhluk benteng Khaibar yang memiliki sistem pertahanan berlapis-lapis yang sangat baik. Sallam anak Misykam yang telah memimpin tentera Yahudi. Perempuan, anak-anak dan harta benda mereka tempatkan di benteng Watih dan Sulaim. Persediaan makanan dikumpulkan di benteng Na'im. Pasukan perang ditumpukan di benteng Natat. Sedangkan Sallam dan tenteranya mara ke barisan hadapan.

Sallam tewas dalam pertempuran itu, tetapi pertahanan Khaibar belum dapat ditembus. Baginda menugaskan Abu Bakar assiddiq untuk memimpin pasukan tentera islam. Namun gagal. Demikian pula Umar. Akhirnya kepemimpinan diserahkan kepada Ali. Di Khaibar inilah nama Ali menjulang. dengan keizinan ALLAH, pintu benteng telah menjadi perisai melawan tentera yahudi. Ali dan pasukannya juga berhasil menembusi pertahanan lawan. Harith bin Abu Zainab-ketua tentera Yahudi setelah Sallam telah pun tewas. Benteng Na'im jatuh ke tangan pasukan Islam.

Setelah itu benteng demi benteng dikuasai. Seluruhnya melalui pertarungan sengit. Benteng Qamush kemudian jatuh. Demikian juga benteng Zubair setelah dikepung cukup lama. Semula Yahudi bertahan di benteng tersebut. Namun pasukan Islam memotong saluran air yang mengalir menuju benteng tersebut sehingga memaksa pasukan Yahudi keluar dari tempat perlindungannya dan bertempur dengan tentera islam. Benteng Watih dan Sulaim turut jatuh ke tangan tentera Islam.

Pertempuran diteruskan orang Islam terus membuka satu demi satu kubu kecuali dua kubu terakhir. Penduduk kedua kubu tersebut mahu berdamai dengan syarat darah pejuang-pejuang mereka terpelihara dan zuriat mereka dilepaskan (tidak dijadikan tawanan). Mereka juga meletakkan syarat agar mereka dibenarkan keluar dari bumi Khaibar bersama-sama zuriat. Mereka setuju keluar dengan hanya sehelai sepinggang. Baginda s.a.w. berdamai dengan mereka dengan syarat-syarat tersebut. Sekiranya mereka menyembunyikan sesuatu ketika keluar dari kubu tersebut, perlindungan Allah dan rasul-Nya terbatal. Mereka kemudiannya meninggalkan kedua-dua kubu tersebut. Orang Islam mendapati di dalam kedua-dua kubu tersebut terdapat senjata yang banyak dan lembaran lembaran Taurat. Yahudi telah datang menuntut kitab tersebut. Baginda mengarahkan agar ia dipulangkan kepada mereka. Bilangan Yahudi yang terbunuh dalam peperangan ini seramai 93 orang sementara orang Islam yang syahid seramai 15 orang.

Dengan penaklukan tersebut, Islam di Madinah telah menjadi kekuatan utama di jazirah Arab. Ketenangan masyarakat semakin terwujud. ladang-ladang dan kebun-kebun dakwah islam semakin subur. Dengan demikian, Rasulullah S.A.W dapat lebih menumpukan kepada dakwah untuk membangun moraliti masyarakat.

sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian...

sirah Rasulullah S.A.W perlu kita fahami, perlu kita hayati satu persatu perca2 aliran dakwah yang baginda sebarkan. bukan sekadar dituturkan, 'aku cintakan rasulullah' tetapi kita perlu fahami bagaimana rasulullah membawa risalah ILAHI sehingga sampai kepada kita pada hari ini. ternyata sirah rasulullah betul2 hanya dapat kita hayati jika kita turut berada satu garisan yang sama dengan rasulullah, satu jalan yang sama, satu cara yang sama, iaitu jalan dakwah.

pentingnya sirah junjungan ini adalah untuk mendidik hati-hati kita dalam mengharungi kehidupan kini, bagaimana kesabaran dan ketabahan rasulullah mendidik ummah dari jahiliah kepada ummah yang disegani pada suatu ketika dahulu. semuanya diatas tarbiyyah ALLAH, selama 40 tahun ALLAH mendidik Baginda untuk menjadi rasul, untuk membawa risalah ISLAM sehingga sampai kepada kita hari ini. kalau kita fahami dan mengambil hikmah dari sirah junjungan, pasti kita akan menitiskan air mata, air mata perjuangan...

tarbiyyah ALLAH selama 40 tahun cukup mematangkan Rasulullah, ALLAH telah mentarbiyyah baginda semenjak zaman kecilnya, bermula dari seorang remaja kecil yang lahir tanpa melihat ayahnya, dan hanya selama 6tahun bersama dengan ibunya aminah, baginda dijaga oleh bapa saudara baginda setelah kematian kedua ibu bapa baginda. lihatlah bagaimana ALLAH mendidik baginda dalam menyatupadukan ummah dengan melatih baginda seawal usia remaja dengan mengembala kambing. mengembala kambing bukan kerja yang mudah, tetapi baginda dilatih untuk mengumpulkan kambing-kambingnya setempat, yang banyak kerenahnya, bermacam ragam kambing yang perlu baginda awasi. begitu juga bagaimana baginda menyatupadukan ummah yang dulunya jahiliah tetapi berubah mengenali tarbiyyah...

sahabat2 sekalian, jikalau kita memahami dan menghayati sirah baginda, sirah perjuangan nya, pasti akan membangkitkan perasaan yang sungguh luar biasa, berbeza dengan perasaan kita membaca novel2 cinta, membaca majalah2 gosip, sungguh berbeza! pasti akan mengalirkan air mata dakwah...

untuk pengetahuan kita bersama, setiap penganut agama kristian yang kuat berpegang dengan agamanya akan memakai gelang yang tertulus WWJD (What would jesus do). tujuannya, apabila berlaku kesulitan, apabila berlaku pertelingkahan atau permasalahan mereka pasti menyebut What would jesus do... aku bukan mahu kita semua mencontohi orang kristian, tetapi mengambil nilai pegangan mereka terhadap agama...

saat kita menghadapi kesulitan dalam berdakwah, mahupun menyelesaikan masalah, marilah kita merujuk kepada sirah junjungan S.A.W, dan apa ajaran nabi S.A.W (sunnah)

what would Rasulullah S.A.W do??

marilah kita sama2 menghayati rentetan perjuangan baginda, dalam sirah junjungan supaya kita bukan sekadar berkata "aku mencintai Rasulullah" bahkan kita berjaya merasakan Rasulullah itu sebahagian daripada hidup kita...

kisah perang khaibar diolah dari SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W. PENGAJARAN & PEDOMAN, Dr. Mustafa as-Syibaie, novel sejarah islam, abdul latif talib, kuliah sirah

wallahu a'lam...

p/s : sebarang kesalahan maklumat, harap dapat betulkan saya...

0 coretan:

Post a Comment

~ RABBI ~

:: Permata Sirah ISLAM ::

:: Permata sirah islam mengajak kita semua mengenal dan menghayati sirah rasulullah S.A.W adan para sahabat dalam memperjuangkan Islam, memperluaskan dakwah dan mencari syahid di bumi ALLAH... kita khalifah merdeka, berhak memimpin dan dipimpin, memimpin berdasarkan Qudwah Hasanah, mengikuti langkah para sahabat dalam mencari Erti hidup bersama ILAHI dan dalam meraih pesona Cinta Hakiki... ::

:: Hari-hari yang dilalui ::

:: 24 jam, kemana di laburkan?? ::

:: Kita MUSLIMIN ::

:: Kita MUSLIMIN ::

:: Dakwah itu Ibarat Bunga yang MEKAR ::

:: Dakwah itu Ibarat Bunga yang MEKAR ::

:: Dalam Meniti perjuangan ::

:: Dalam Meniti perjuangan ::

:: Jangan Kita LEMAH ::

:: Jangan Kita LEMAH ::

:: Kerana kita Ada ALLAH ::

:: Kerana kita Ada ALLAH ::

:: Didiklah Mereka ::

:: Didiklah Mereka ::

:: Mencintai Rasulullah S.A.W. ::

:: Mencintai Rasulullah S.A.W. ::

:: mengenali Para Sahabat R.A ::

:: mengenali Para Sahabat R.A ::

:: kegemilangan ISLAM ::

:: kegemilangan ISLAM ::

:: Perjuangan menegakkan Islam ::

:: Perjuangan menegakkan Islam ::

:: Peperangan Mempertahankan ISLAM ::

:: Peperangan Mempertahankan ISLAM ::

:: hayatilah sirah BAGINDA S.A.W - sebagai BUKTI kita mencintai BAGINDA ::

:: hayatilah sirah BAGINDA S.A.W - sebagai BUKTI kita mencintai BAGINDA ::

jejak jejak


ShoutMix chat widget